Thursday 17 December 2015

Amaran aingin kencang...sumber: jab meteorologi malaysia

KEMASKINI AMARAN UNTUK KAWASAN PERAIRAN; 12:06 tengah malam; 18-12-2015:
SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Kudat, Pantai Barat & Pedalaman) & WP Labuan dijangka berterusan sehingga Ahad, 20 Disember 2015.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur & Sarawak dijangka berterusan sehingga Ahad, 20 Disember 2015.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka sehingga 19 Disember 2015.
(III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH - Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perak, Selangor, Kelantan, Sarawak, WP Labuan & Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Tawau) dijangka berterusan sehingga pagi, Jumaat, 18 Disember 2015.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN
(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Ditingkatkan dari Amaran Kategori Kedua yang dikeluarkan pada pukul 10:37 pagi, 14 Disember 2015.
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North & Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Sabtu, 19 Disember 2015.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (15 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Labuan & Palawan dijangka berterusan sehingga Ahad, 20 Disember 2015.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
(III) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Kuching & Reef South dijangka berterusan sehingga Ahad, 20 Disember 2015.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
(IV) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH - Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Selat Melaka, Bunguran, Reef North, Reef South, Kuching, Labuan, Palawan & Sulawesi dijangka berterusan sehingga pagi, Jumaat, 18 Disember 2015.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.